KEMBARA JWJ Al-Andalus [klik] Riau Lingga [klik] Jawa [klik] Banjarmasin Palembang Minangkabau
Kemboja Vietnam Chiangmai China

Oct 20, 2013

Kembara JWJ

Majma' Budaya dan Warisan Jawi (MAJMA'), Persatuan Budaya dan Warisan Melayu Jawi (WarisAlam), Blackwind Adventure Team (BAT) telah mengadakan Ekspedisi Jejak Warisan Jawi (JWJ) sejak dari tahun 2010 sehingga ke seluruh ceruk rantau Bumi Melayu. Negara yang telah dilawati untuk melihat sendiri serta menbuat kajian Warisan Budaya Melayu termasuk INDONESIA, THAILAND, KEMBOJA, VIETNAM, LAOS, MYANMAR dan CHINA. Sejak dari itu kami terus ke sana dari masa ke semasa mengadakan pelbagai program bantuan kemanusiaan, pendidikan dan pertukaran Budaya.






Hasil dari pengalaman ini KEMBARA JWJ mengajak rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu untuk turut serta dalam pelbagai progam untuk menghayati keindahan dan keunikan tempat-tempat tersebut sambil melihat sendiri cara hidup orang-orang Melayu di sana. Pengalaman perjalanan ke sana pasti meninggalkan seribu kenangan dan sedikit sebanyak terbit sentuhan kasih kepada Bahasa, Budaya dan Warisan Bangsa kita.

Antara program KEMBARA JWJ yang tersedia dan terkini adalah seperti berikut :

A.  KEMBARA JWJ - JEJAK WARISAN RIAU LINGGA  [klik] 
      1. MENGHAYATI RIAU LINGGA  [klik] 14hb Nov 2013
      2. MENAWAN GUNUNG DAIK  [klik] 12hb Nov 2013

B.  KEMBARA JWJ - JEJAK WARISAN AL-ANDALUS  [klik] 25hb May 2014

C.  KEMBARA JWJ - JEJAK WARISAN WALI 9 [klik] 26hb Mac 2014

D.  KEMBARA JWJ - MENGHAYATI BANJARMASIN/MATAPURA


E.  KEMBARA JWJ - JEJAK WARISAN CHAMPA KEMBOJA


F.  KEMBARA JWJ - JEJAK WARISAN CHAMPA VIETNAM


G. KEMBARA JWJ - MENGHAYATI ISLAM DI CHIANG MAI




Daftar Segera untuk lawatan pilihan anda 
atau hubungi kami untuk maklumat lanjut dan pakej khas untuk kumpulan anda
email : majmakbudayadanwarisanjawi@gmail.com


Album Lawatan Kembara JWJ

antara 18 Siri mengenai  JWJ dalam Berita Utama  RTM1



Mengenai JWJ - Jejak Warisan Jawi

JEJAK WARISAN JAWI : SATU PENGERTIAN 

Jejak Warisan Jawi (JWJ)  merupakan satu kempen untuk memartabatkan bangsa Melayu dengan menggali serta mengenengahkan segala khazanahnya samada di dalam Malaysia khasnya mahupun di luar Malaysia amnya dan bertanggungajawab pula untuk menghidup kembalikan budaya Melayu agar terus menerus diwarisi dan diamalkan sehingga berkekalan di mana jua pun orang Melayu berada seterusnya meletakkan umat Melayu ke suatu tempat yang tinggi di mata dunia. Ianya sebagai satu peringatan kepada bangsa Melayu bahawasanya sesungguhnya leluhur bangsa ini mahukan warisan mereka terus menerus menegak dan mempertahankan jatidiri dari terpesong dek hambatan zaman yang kian mencabar. 

Entiti Penggerak Ekspedisi Jejak Warisan Jawi (EKSPEDISI JWJ) :

Jejak Warisan Jawi (JWJ) digerakkan oleh Majma' Budaya dan Warisan Jawi  dan mendapat sokongan tenaga dan kerjasama sepenuhnya dari Blackwind Adventure Team (BAT) dan Persatuan Seni dan Budaya Warisan Melayu Jawi.








Jejak Warisan Jawi (JWJ) mengalu-alukan segala bentuk sokongan, kerjasama, bantuan dari mana-mana pihak pun selagi mana kepentingan itu menjurus kepada umat bangsa Melayu dan Islam.


1.1 ANALOGI JEJAK WARISAN JAWI (EKSPEDISI JWJ)

JEJAK WARISAN JAWI mula dikenali setelah bergerak melalui program EKSPEDISI JWJ sejak tahun 2010 buat kali pertama. Dengan paksi untuk menjejak, merungkai sejarah baru bangsa Melayu dan kesinambungan tinggalannya di seluruh dunia, serta menjalin kembali hubungan silaturrahim di dalam kelompok negara yang berlainan seterusnya memartabatkan bangsa dalam segala hal terutamanya dari sudut ekonomi dan pendidikan bahkan ia juga satu program yang harmoni dengan menjalankan khidmat kebajikan dan kemanusiaan melalui ibadah akikah dan derma berupa material yang dberikan disulam pula dengan persembahan kebudayaan Melayu serta dihiasi penyampaian maklumat tentang Malaysia melalui pameran yang dibuat serta interaksi dengan penduduk di semua negara lain yang dijejaki.

EKSPEDISI JWJ1, JWJ2 dan JWJ3 sehingga kini telah berjaya menjalin perhubungan persaudaraan dan kenegaraan melalui aktiviti yang tersebut di atas dengan semua komuniti Islam di semua negara yang dijejaki.













1.2 EKSPEDISI JWJ 1

Ekspedisi yang julung kali telah berjaya di laksanakan pada bulan Februari 2010, JWJ1 telah berjaya merentas sehingga ke Ayuthaya, Thailand.  Laluan EKSPEDISI JWJ1 bermula dari Klang, Selangor sehinggalah ke Ayutthaya, Thailand dan melalui jalan pantai barat Thailand yang memakan masa selama 12 hari dan perjalanan sejauh lebih dari 4,000 kilometer dengan mengunakan 6 buah kenderaan pacuan 4 roda dari pasukan BLACKWIND ADVENTURE TEAM. Para peserta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan berjumlah seramai 22 orang termasuklah 2 orang pemberita dari BERITA HARIAN telah berganding bahu menjadikan EKSPEDISI JWJ1 telah mencapai tujuan seperti yang dirancangkan.




1.3 EKSPEDISI JWJ 2

EKSPEDISI JWJ 2 merupakan usaha besar yang telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Catatan penggalian sejarah Melayu, demonstrasi kebudayaan tradisi Melayu, penyerahan bantuan kebajikan, pembinaan insan dan motivasi, ibadah akikah dan penyampaian zakat adalah antara bentuk kejayaan ekspedisi ini.

Laluan EKSPEDISI JWJ2 bermula dari Klang, Selangor menyusuri pantai timur Thailand memasuki Kemboja, Vietnam, Laos dan memasuki pintu sempadan China berakhir di Sipsongpanna Yunan, China. Konvoi JWJ 2 bergerak pulang melalui pintu sempadan Boten di China, Chiang Rai, Thailand dan melalui Chiang Mai, Tai Chi Lek Burma serta melalui pantai barat Thailand menuju Bukit Kayu Hitam, Malaysia. Secara keseluruhannya Ekspedisi  JWJ 2  telah merentasi 7 buah negara pada bulan Mei 2011 iaitu Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, China juga Malaysia. Ekspedisi ini telah memakan masa selama 25 hari dengan jarak perjalanan 12,000 km menggunakan 10 buah kenderaan pacuan 4 roda dari pasukan BLACKWIND ADVENTURE TEAM. Para peserta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan berjumlah seramai 33 orang termasuk wartawan Utusan Malaysia, Bernama dan krew RTM TV1.










1.4 EKSPEDISI JWJ 3

EKSPEDISI JWJ3 pula telah melebarkan lagi jarak penerokaan meliputi ke 4 kepulauan di Nusantara iaitu Kalimantan, Jawa, Sumatera dan kepulauan Riau Lingga pada April 2012. EKSPEDISI JWJ3 telah menjejak sejarah warisan Melayu di kepulauan Nusantara termasuklah ulama/pengajian, pahlawan/persilatan, kesultanan/kerajaan Melayu di Nusa Indonesia dan menjalankan aktiviti-aktiviti pertukaran buah fikiran dan persembahan kebudayaan Melayu Malaysia disamping menyerahkan bantuan kebajikan yang sewajarnya. EKSPEDISI JWJ 3 telah melengkapkan misi dengan pemergian 18 orang anggota Majma’ dan WarisAlam diserta juga oleh wartawan dari Bernama, menggunakan pengangkutan udara dan laut.  


1.5 EKSPEDISI JWJ 4 : SEKILAS PANDANG

EKSPEDISI JEJAK WARISAN JAWI 4 (EKSPEDISI JWJ4) KL-Jeddah (2014) adalah kesinambungan EKSPEDISI JWJ1 dari Semenanjung ke Ayutthaya (2010), EKSPEDISI JWJ2 Rentas 7 Negara (2011), EKSPEDISI JWJ3 Kepulauan Nusantara (2012-2013). Setelah kejayaan mengharungi ekspedisi-ekspedisi tersebut maka terbitlah keazaman untuk melangkah usaha yang lebih jauh mencabar mental, fizikal, emosi dan rohani iaitu dengan melaksanakan EKSPEDISI JWJ4 Kuala Lumpur - Jeddah, dengan motto “Tradisi diteruskan”.


Powered byEMF Online Form